Assalamualaikum WBT.
Tajuk ni sangat penting untuk saya share.
Ini bukan perkara yang boleh dibawa main, ini isu halal dan haram.
Ramai yang ingat Takaful dan Insurans Konvesional ni sama je.
Ini Fakta ye.
1. Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan kali ke-16 pada 15-16 Februari 1979 memutuskan Insuran Nyawa
(Konvesional) sebagaimana dikendalikan kebanyakan syarikat insuran adalah HARAM dan sebagai
suatu muamalat yang fasad kerana akadnya tidak sesuai dengan prinsip islam iaitu
: Mengandungi Unsur Gharar ( ketidaktentuan )
: Mengandungi Unsur Judi
: Mengandungi Muamalat Riba dan Maisir.
2. Kesatuan Fiqh Islam (Majma’Fiqh) yang dianggotai oleh ulama dari seluruh dunia islam yang
diasaskan oleh Persidangan Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) dalam mesyuaratnya di Jeddah
pada 22-28 Disember 1995 memutuskan selepas mengkaji semua jenis dan bentuk insuran,bahawa ianya
mengandungi unsur Fasid dan HARAM.
Habis tu TAKAFUL ni guna konsep apa? bukan sama je ke?
Tak Sama sebenarnya. Jom baca sekejap macam mana pelan Takaful berkaitan pelaburan ni.
1. Wang sumbangan akan dilaburkan dimana yang diluluskan oleh lembaga Syariah, lembaga syariah
bertanggungjawab untuk pantau pelaburan tersebut ke mana. Untuk PruBSN Takaful panel syariahnya
seperti dalam gambar
2. Sumbangan akan diperuntukkan ke dalam dana takaful dalam bentuk sumbangan tabarru’ (derma).
3. Baki sumbangan akan digunakan untuk beli unit-unit berkait pelaburan.
4. Persetujuan untuk saling membantu antara satu sama lain. Makananya automatik kita akan dapat
pahala membantu orang. Contohnya si A bayar 100, esok ada peserta lain meninggal takaful akan
gunakan duit sumbangan peserta lain TERMASUK sumbangan dari si A tadi untuk beri ‘sumbangan’ pada
waris yang meninggal dunia.
Ok. cukup sampai sini dulu ye
InsyaAllah akan datang saya akan share lebih detail lagi berkaitan apa itu GHARAR,JUDI dan RIBA
dalam Insurans.

