+60172934016

Assalamualaikum W.B.T

Medical card sekarang jadi seperti keperluan sebab terlalu banyak kes yang mana orang menjadi muflis, berhutang, tidak dapat teruskan rawatan atas sebab tidak mampu. Alhamdulillah sekarang makin ramai dah ada kesedaran untuk memiliki medical card. Dalam posting kali ni saya nak share cara untuk gunakan medical card.

Pertama sekali kita kena faham yang medical card yang kita miliki itu boleh digunakan jika kita dikehendaki “warded” oleh doktor. Ini bermakna sakit yang kita alami perlukan rawatan lanjut di hospital. Jadi, jika kita tidak warded, kita tak boleh gunakan medical card.

Saya sangat galakkan untuk pergi ke klinik berdekatan terlebih dahulu untuk dapatkan rawatan. Jika doktor di klinik suruh refer pada hospital untuk rawatan lanjut barulah kita ke hospital panel yang berhampiran. Kebiasaannya memang senang untuk warded jika kes macam ni, jadi bolehla kita gunakan medical card di hospital dengan senang hati.

Kenapa macam tu?

Kalau kita terus pergi ke hospital, andai kata sakit yang kita alami itu tidak berapa serius dan tak perlu warded, kita kena bayar fee yang agak mahal berbanding klinik swasta di luar.

Bil di klinik boleh claim semula ke?

Jangan risau, jika kita warded ke hospital disebabkan sakit yang sama ketika kita dapatkan rawatan pertama di klinik (dalam 90 hari), bil tersebut boleh claim semula.

Proses selepas itu sangat mudah, pastikan pergi ke hospital panel yang berhampiran. Install Apps Prubsn Navigator untuk lihat hospital panel yang paling hampir dengan kita.

Jika hospital panel urusannya lebih mudah, kita hanya perlu bagitahu pada pihak hospital yang kita akan gunakan medical card. Pihak hospital akan minta Kad Pengenalan dan Medical card serta ada beberapa borang yang kita perlu sign.

Selebihnya pihak hospital akan uruskan, kebiasaanya pihak PruBsn akan respon kepada hospital dalam tempoh sejam selepas mereka terima fax dari hospital (Saya akan bantu untuk followup dengan Prubsn).

Jika tiada apa-apa requirement dari pihak PruBsn, PAL atau Pre Authorised Letter akan dikeluarkan oleh pihak PruBsn. Selepas itu kita boleh masuk wad untuk dapatkan rawatan lanjut.

Itu je stepnya, mudahkan? Semoga bermanfaat.

Jika ada sebarang pertanyaan boleh whatsapp saya di 017-2934016